Sarnia Yahya
Assalammualaikum semua yang termasuk ke blog ni dan masih tidak mengetahui yang saya sudah berpindah ke
http://seribuimpian-sarnia.blogspot.com/.
Saya meminta berbanyak maaf kalau ada pesanan yang tidak di baca sewaktu anda singgah di sini. Sila ke baru saya.
Terima kasih…
PROLOG
Raiyan memandang Ashiqin yang duduk tidak jauh darinya selepas meletak gelas berisi jus oren. Dia menggeleng sendiri. Lain yang diharap lain yang dijumpainya. Zulaikha sudah membeku di dalam biliknya. Kurang asam punya Ika, dengusnya sendiri.
“Apa khabar?” soal Raiyan. Memandang Ashiqin. Tunangnya itu bukanlah tidak cantik, sejak melihat Ashiqin dengan lelaki itu, dibuang terus Ashiqin dari kamus hidupnya. Tawar hatinya hendak memujuk Ashiqin. Hatinya sudah terpaut dengan Zulaikha. Dia tahu Zulaikha menolaknya disebabkan dirinya yang sudah menjadi tunangan teman baiknya. Wanita yang berdiri di hadapannya sekarang.
“Alhamdulilah…..” jawab Ashiqin. Rasa canggung bercakap dengan tunangan sendiri. Menghela nafasnya. Tunduk memandang jarinya sendiri.
Senyap.
“Saya nak tanya awak” terhenti sejenak. Cuba mencari kata-kata yang terbaik untuk disampaikan kepada Ashiqin. “Adakah kita nak teruskan hubungan ini atau putuskan sahaja?” soal Raiyan. Terkejut dengan soalannya sendiri yang diajukan kepada Ashiqin.
Ashiqin mengangkat mukanya memandang Raiyan yang memandangnya. Gamam. Berdebar-debar mendengar kata-kata Raiyan. Itukah tujuan kedatangan Raiyan. Apa yang perlu dikatakan lagi. Adakah lelaki ini sudah tahu yang dia sudah punya teman lelaki? Tunduk kembali.
Raiyan kembali bangun dan berdiri di hadapan balkoni. Memejam matanya. Tujuannya datang ke situ hanya hendak meminta maaf dari Zulaikha bukan bertemu dengan Ashiqin. Tetapi ini yang terjadi. Meraup rambutnya yang masih basah, selepas bermain squash dengan Faiz dan Iskandar dia mandi di kelab, cadang hendak pulang, tetapi masih tidak puas hati dengan Zulaikha yang seperti tidak mahu memaafkan. Gadis itu benar-benar menduga dan mendera perasaannya. Sudah habis cara untuk memujuk Zulaikha. Kuat merajuk juga Zulaikha ni ya? Dia tersenyum sendiri. Astagfirullahhalazim….. Mengapalah masalahnya berbelit-belit. Pusing ke sini terbelit, pusing ke situ dah memang membelitnya.
“Sampai bila awak nak menipu parents saya. Terus terang aje Ashi. Kita dah dewasa dah berhak untuk memilih” jelas Raiyan.
Ashiqin memandang tepat belakang lelaki itu. Lelaki itu sudah tahu yang dia sudah berteman. Matilah dia. Pasti lelaki itu akan memberitahu kedua orang tuanya. Dan…. mengamuklah Datuk Zakey dan Datin Razita. Terasa hangat pijar badannya.
Apa yang kurang pada lelaki ini? Tiada…. Raiyan seorang yang kacak, berkedudukan dan mempunyai segala-galanya. Tetapi itu semua tidak dapat menarik hati dan perasaannya untuk lelaki itu. Dan dua perkara yang diketahui tentang Raiyan, lelaki ini seorang yang pendiam dan panas barannya orangnya. Begitu juga dengan dia yang cepat naik angin kalau tidak kena dengan moodnya. Rasanya orang yang boleh tahan dengan kerenahnya adalah Zulaikha. Dia mana ada teman lain. Gadis kecil molek itulah yang tahan dengan perangainya.
Raiyan membalikkan tubuhnya memandang Ashiqin. Ingin tahu apakah jawapan Ashiqin. Rasanya dia tidak boleh mempertahankan tali pertunangannya. Ashiqin sendiri sudah jelas punya lelaki lain dalam hidupnya, sedangkan dia? Masih terkejar-kejarkan teman tunangnya. Mengapalah aku boleh jatuh cinta dengan Zulaikha. Apa yang menarik tentang Zulaikha? Kejujuran dan ketulusan hatinya.
“You buat macam orang bodoh….” keras suara Raiyan. Menahan marahnya. Kerana hubungan itu perasaannya untuk Zulaikha terpaksa dipendamnya.
Kecut Ashiqin mendengarnya. Senyap. Terus bungkam di situ. Tunduk.
“Awak fikirkanlah. Disebabkan pertunangan ini, orang pun takut nak mendekati saya”
Ashiqin memandang Raiyan. Siapakah gadis yang berjaya menambat hati lelaki ini? soalnya sendiri. Dia menghela nafasnya.
“Saya balik dulu….” Raiyan melangkah menuju ke pintu sempat menoleh ke bilik Zulaikha yang bertutup rapat.
Ashiqin masih duduk disitu. Terkejut bila pintu dihentak dengan kuat memandang pada pintu. Raiyan sudah tiada di pandangannya. Menghela nafasnya. Apa yang patut dilakukan?
Layla tersenyum dalam keadaan bertelekung. “Ikut apa yang I cakap kalau you benar-benar mahukan kebenaran Jimmy….”Assalammualaikum kengkawan…

Kita sudah pun berpindah dari sarniayahya.com ke http://seribuimpian-sarnia.blogspot.com/. Di jemput kengkawan dtg ke rumah baru kita, ya. Ingatkan nak mintak kak Zara bawakan bulldozer… tapi kekuatan kita melebihi bulldozer kira ok le ni. hehehe… selamat berkunjung ke rumah baru kita….
Blog kita dlm pembaikpulihan (betul ke ada ayat ni?). Kalau ada yg tidak betul, jgn betulkan komputer anda. Sekian - tkasih, hihihi….
-SarniaYahya-